Mee Bandung Kuah Kacang

Panduan Air Rebusan Daging (1 Kg Mee Kuning)

Bahan-bahan:-
+ Air 2 liter
+ Daging lembu 200 Gram
+ Rempah tumis 50 Sen
+ Minyak masak 5 sudu makan

Cara masak:-
+ Tumiskan rempah tumis
+ Masukkan 2 liter air dan daging
+ Tutup periuk dan tunggu sehingga daging empuk dengan nyalaan api sederhana (+-30minit)
Tempah Online Sekarang!

Panduan Masak Untuk 2 Paket Rempah (1 Kg Mee Kuning)

Bahan-bahan:-
+ 2 paket rempah
+ 2 liter air rebusan daging
+ 1 KG mee kuning
+ 6 biji telur
+ Sedikit sawi
+ Pilihan lain:- seperti udang, sotong kembang, fishcake, fishball atau kerang.
+ Daging dihiris nipis (diambil dari air rebusan)

Cara masak:-
+ Campurkan 2 paket rempah dalam air rebusan daging, dan kacau hingga sebati
+ Masukkan daging dan Pilihan lain:-
+ Pecahkan telur, biar sehingga ianya masak kemudian masukkan mee kuning dan sawi

Video-video Penyediaan

Disebalik Resepi Mee Bandung Kami!

Saya merupakan anak kepada Abdul Rahman Bin Hashim, atau lebih dikenali sebagai Pak Man Gemuk yang mengusahakan gerai makan di Pasar Makan Islam, Jalan Jenang, Batu Pahat. Pasar itu juga lebih dikenali sebagai 'Odeon' kerana terdapat panggung wayang Odeon di sebelahnya.

Ayah saya merupakan antara orang terawal yang menjual mee bandung di kawasan tersebut sejak 1960-an sehinggalah 1990-an. Kini anda semua boleh mendapatkan rempah mee bandung tersebut secara online sahaja menerusi web ini. Anda pasti akan menyukainya!

Rempah Warisan Enterprise (JM05534163-W)
Taman Mutiara Rini, Skudai, 81300 Johor Bahru, Johor.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk, pesanan atau peluang perniagaan, sila hubungi 012-7474039 (Encik Mohd Elias)